Assalamualaikum & Hai Geng!
Dah berapa tahun dah aku habis matriks? dah 3 tahun dah rasanya. Aku batch 2016/2017. Masa lepas SPM tu memang target nak masuk matriks.. tade plan nak amik diploma walaupun dapat tawaran. Form 6 lagi lah awal-awal aku tak nak. Sebabbbb dah dah latuuu aku tak sanggup sambung belajar dekat sekolah lagihhhh ;D
Okay masatu daftar masuk matriks time bulan puasa.. Sebelum lupa kan.. saje nak share aku dulu Martiks Melaka! Shoutout to all KMMrians! ada takkk?!! Kalau ada sila angkat kening :p Fuhhh tabahkan hati yekkk first day bulan puasa masatu. Korang tau kan matriks ada dua aliran which is, sains dengan perakaunan. Sains tu dia ada tiga modul (modul I, modul II & modul III). Aku amik Perakaunan yekkk :D
Matriks ni kelas dia hari-hari start pukul 8 pagi & habis pukul 5 petang. Ada gap rehat daripada pukul 1 petang sampai pukul 2 petang. Untuk hari Jumaat kelas start lambat sikit & kadang-kadang pagi tu ada perhimpunan (kena pakai tudung rasmi kolej, time aku kaler purple tuuu). Semester I & semester II subjek ada yang sama & ada yang lain. Bagi subjek yang sama tu, nama subjek sama tapi content lain cmtuuu.. topik maybe ada yang berkait & ada yang tak berkait.. (aku pun dah lupa daaaa.. kalau ada silap info tolong bagitau yee :D)
Matriks susah ke? Entah eaaa.. bagi aku dia tak ada lah susah pun cuma korang kena rajin tu je lah. Tade tips lain. Rajin-rajin study dengan kawan bagi subjek-subjek yang korang tak boleh catch up tu. Lepas kelas tu, rajin-rajin naik unit (bilik guru) jumpa cikgu yang ngajar korang tu, tanya apa yang korang kurang faham. Kalau kau dah faham ajar pulak kat kawan korang, baru ilmu tu korang ingat. Haa...
Lupa pula nak bagitau kelas ada dua (kuliah & tutorial). Yang kuliah tu kelas dengar lecturer mengajar kat depan, kita salin nota. Untuk kelas kuliah, kelas korang besar. Bagi kelas tutorial pulak, kelas ni cm kelas buat latihan lah cmtuuu.. kalau nak tanya apa yang tak faham dalam kelas kuliah boleh tanya lebih lanjut dalam kelas tutorial. Kelas tutorial ni kecik sikit.. dia pecahan daripada kelas kuliah. Lecturer a.k.a cikgu yang mengajar tu boleh jadi orang yang sama ataupun orang yang berlainan.
Aku rasa sampai sini je dulu lah yee aku berkongsi. Next post maybe aku tunjuk tempat-tempat dekat Matrikulasi Melaka. Emmmm.. tengok yee camneee.. Nak tanya pape pasal matriks.. komen je kat bawah okayyy <3
Dahhhh Babaiiii!
No comments:
Post a Comment