Hai Gais! Assalamualaikum :D
Disebabkan aku eksited harini result dah keluar dan aku telah berjaya check result aku. Sebenarnya niat pagi-pagi harini saje je la bukak student portal tu saje nak tengok result exam yang dah lepas-lepas dengan instinct manatau result exam terbaru keluar harini. Sebab tak ada hebahan apa-apa pun daripada pihak U. Senyap je sejak-sejak MCO haritu..
Pastu sempat lah aku betulkan resume dengan tenang tanpa mengetahui yang sebenarnya result keluar harini.. bukak whastapp group dengan tenang jugak.. tiba-tibaaaaAAA!!! "result exam dah keluar".. apa lagi gua dengan pantas cepat-cepat login student portal tu. Alhamdulillah "LULUS (KEPUJIAN DEKAN)". Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Dia masih bagi aku rasa dapat Dekan untuk sem ni.
Pandai UMT buat surprise untuk student-student dia yee. Terima kasih untuk Para Pensyarah daripada sem 1 sampaaaiiii lah sem lepas yang tak penat mengajar & yang selalu kasi esaimen ehhh.. hahahahah Terima kasih Allah, Diri Sendiri, Ibu Ayah, Keluarga, Para Pensyarah, Rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang dalam perjalanan saya bergelar Mahasiswa ni. Segala yang manis mahupun yang pahit akan saya simpan sebagai bekalan untuk saya lebih kuat di dunia luar dan dunia bekerjaya. Untuk diri sendiri Terima Kasih kerana terus dan tetap bertahan walau dalam apa jua keadaan. Saya tahu awak pernah jatuh dan awak berjaya bangkit semula. Terima kasih Banyak-Banyak sebab awak Kuat!
Thank you Everybody! <3
No comments:
Post a Comment