Hai gais Assalamualaikum :)
So, untuk entri kalini aku cam nak share macam mana aku apply intern haritu. Ekceli korang kena bersyukur kalau time korang intern bukan time miss covid sedang berleluasa. Aku sebenarnya kena intern time lockdown, jadi call company ni dia tak amik student intern, call company tu tanak amik student pompuan pulak.. seteghessss sis.
Silap aku jugak senanya tanak call company-company tu awal-awal haa.. kan dah padan muka. Pasal intern ni nanti lecturer korang dekat universiti masing-masing pun akan ada bagi taklimat . Aku cuma kongsi tips sesikit jelah eh.
Tips dia kalau nak apply intern make sure 3 bulan sebelum tarikh korang nak lapor diri tu. Kalau bulan 7 dah start intern, bulan 4 dah boleh dah start call company mana yang menarik minat korang untuk intern disitu. Rasa cam cepat kan? Tapi tak senanya. Lagi cepat lagi bagus.
Time call tu nak cakap apa je kan?
1. Perkenalkan diri. (Nama, daripada universiti mana, amik course apa)
2. Pastu, tanya company tu ada amik student intern tak?
3. Pastu, minta email (kalau dia suruh hantar resume)
Cam tu je simple dia.
Bila nak tulis email, ni contoh dia. Ni contoh email aku hantar kat semua company untuk apply intern. Kalau korang nak ayat lagi bombastic haa pikiaq la sendiri.
Tukar lah apa-apa yang patut ditukar yee. Attachments tu lecturer korang akan bagi siap-siap. Lecturer aku dia kasi hard copy so, kena scan sendiri dokumen tu tukar pada PDF sendiri. Cari je PDF converter dekat app store korang. Nanti lecturer akan bagitau jugak dokumen apa yang korang kena hantar sekali time nak apply intern ni. Salah satu dokumen yang penting seperti yang korang boleh tengok kat bahagian attachments aku tu is Resume. Resume ni nak buat sonang ajo sonanya. Aku buat pakai Canva je.Last sekali check ada typo tak pada email. Semua information dah complete boleh Send! Lalu tawakkal lah anda untuk diterima atau tidak oleh company tersebut. Haha..
All the best! Bye!
No comments:
Post a Comment