Monday, August 31, 2020

Result Last Sem Dah Dapat!

Hai Gais! Assalamualaikum :D

Disebabkan aku eksited harini result dah keluar dan aku telah berjaya check result aku. Sebenarnya niat pagi-pagi harini saje je la bukak student portal tu saje nak tengok result exam yang dah lepas-lepas dengan instinct manatau result exam terbaru keluar harini. Sebab tak ada hebahan apa-apa pun daripada pihak U. Senyap je sejak-sejak MCO haritu..

Pastu sempat lah aku betulkan resume dengan tenang tanpa mengetahui yang sebenarnya result keluar harini.. bukak whastapp group dengan tenang jugak.. tiba-tibaaaaAAA!!! "result exam dah keluar".. apa lagi gua dengan pantas cepat-cepat login student portal tu. Alhamdulillah "LULUS (KEPUJIAN DEKAN)". Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Dia masih bagi aku rasa dapat Dekan untuk sem ni.

Pandai UMT buat surprise untuk student-student dia yee. Terima kasih untuk Para Pensyarah daripada sem 1 sampaaaiiii lah sem lepas yang tak penat mengajar & yang selalu kasi esaimen ehhh.. hahahahah Terima kasih Allah, Diri Sendiri, Ibu Ayah, Keluarga, Para Pensyarah, Rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang dalam perjalanan saya bergelar Mahasiswa ni. Segala yang manis mahupun yang pahit akan saya simpan sebagai bekalan untuk saya lebih kuat di dunia luar dan dunia bekerjaya. Untuk diri sendiri Terima Kasih kerana terus dan tetap bertahan walau dalam apa jua keadaan. Saya tahu awak pernah jatuh dan awak berjaya bangkit semula. Terima kasih Banyak-Banyak sebab awak Kuat!

Thank you Everybody! <3

Saturday, August 29, 2020

Betul Ke Matrikulasi Tak Best?

 Assalamualaikum & Hai Geng!

Dah berapa tahun dah aku habis matriks? dah 3 tahun dah rasanya. Aku batch 2016/2017. Masa lepas SPM tu memang target nak masuk matriks.. tade plan nak amik diploma walaupun dapat tawaran. Form 6 lagi lah awal-awal aku tak nak. Sebabbbb dah dah latuuu aku tak sanggup sambung belajar dekat sekolah lagihhhh ;D

Okay masatu daftar masuk matriks time bulan puasa.. Sebelum lupa kan.. saje nak share aku dulu Martiks Melaka! Shoutout to all KMMrians! ada takkk?!! Kalau ada sila angkat kening :p Fuhhh tabahkan hati yekkk first day bulan puasa masatu. Korang tau kan matriks ada dua aliran which is, sains dengan perakaunan. Sains tu dia ada tiga modul (modul I, modul II & modul III). Aku amik Perakaunan yekkk :D

Matriks ni kelas dia hari-hari start pukul 8 pagi & habis pukul 5 petang. Ada gap rehat daripada pukul 1 petang sampai pukul 2 petang. Untuk hari Jumaat kelas start lambat sikit & kadang-kadang pagi tu ada perhimpunan (kena pakai tudung rasmi kolej, time aku kaler purple tuuu). Semester I & semester II subjek ada yang sama & ada yang lain. Bagi subjek yang sama tu, nama subjek sama tapi content lain cmtuuu.. topik maybe ada yang berkait & ada yang tak berkait.. (aku pun dah lupa daaaa.. kalau ada silap info tolong bagitau yee :D)

Matriks susah ke? Entah eaaa.. bagi aku dia tak ada lah susah pun cuma korang kena rajin tu je lah. Tade tips lain. Rajin-rajin study dengan kawan bagi subjek-subjek yang korang tak boleh catch up tu. Lepas kelas tu, rajin-rajin naik unit (bilik guru) jumpa cikgu yang ngajar korang tu, tanya apa yang korang kurang faham. Kalau kau dah faham ajar pulak kat kawan korang, baru ilmu tu korang ingat. Haa...

Lupa pula nak bagitau kelas ada dua (kuliah & tutorial). Yang kuliah tu kelas dengar lecturer mengajar kat depan, kita salin nota. Untuk kelas kuliah, kelas korang besar. Bagi kelas tutorial pulak, kelas ni cm kelas buat latihan lah cmtuuu.. kalau nak tanya apa yang tak faham dalam kelas kuliah boleh tanya lebih lanjut dalam kelas tutorial. Kelas tutorial ni kecik sikit.. dia pecahan daripada kelas kuliah. Lecturer a.k.a cikgu yang mengajar tu boleh jadi orang yang sama ataupun orang yang berlainan.

Aku rasa sampai sini je dulu lah yee aku berkongsi. Next post maybe aku tunjuk tempat-tempat dekat Matrikulasi Melaka. Emmmm.. tengok yee camneee.. Nak tanya pape pasal matriks.. komen je kat bawah okayyy <3

Dahhhh Babaiiii!

Wednesday, August 26, 2020

Pengalaman Sebagai Mahasiswa

 Assalamualaikum & Hai!

Masa post ni ditulis aku sedang menjalani semester akhir sebagai mahasiswa. Dah masuk fasa intern dah. Tak lama lagi grad lah aku. Saat yang paling ditunggu-tunggu. Berbalik pada topik post kalini, best ke pegang title mahasiswa ni? Hahahaha kalau tak busy tak stress bukan student U lah nama nya (Ke aku jee yang beria stress-stress ni?)

Ni gambar masa first-first daftar masuk U. Eksited, Nervous dia semua jangan cakap lah. Second time kena jauh daripada mak ayah tapi kalini yang memang betul-betul jauhhhh selama 3 tahun.. kalau rindu nak balik saje-saje tu memang dalam mimpi jelah.

Yang paling tak busy first sem je aku rasa, masih boleh chill-chill lepak dengan membe-membe dekat kafe.. 2,3 pagi baru naik bilik tidur. Kelas tak pack sangat time sem satu. Tu kira cm fasa "honeymoon" lah. Hahhhh.. naik sem 2 sem 3.. assignment, presentation, quiz jangan cakap lah melambak. Sem sebelum intern kelas memang boleh kira pakai jari seminggu tu 2,3 kali je kelas tapi busy siapkan Final Year Project (fyp/pita) pulak.

Dulu sebelum masuk U aku punya imaginasi life dekat U ni macam cerita Kuliah Cinta tu..yang Yusry dengan Erra Fazira berlakon tu. Namun, jauh pangang dari api yee adik-adik ku sekalian. Cerita kan.. mesti di portray yang manis-manis je. Dekat U yang manis, yang pahit, yang masam, yang masin semua ada.

Perangai manusia tu macam-macam jenis. Ada jenis membe yang assignment group tak nak sumbang tenaga tapi markah dapat sama-sama.. haihhh macam-macam lah. Pandai-pandai lah korang cari groupmate yang function semua. Cari kawan tu betul-betul. Cari yang baik, yang boleh ada dengan kau susah senang. Itu belum kisah cintan cintun lagi.. hmmm malaihhh laaaa hahahahaha.. pening kepala dikkk..

Kelas dekat U ni macam biasa lecturer mengajar dekat depan, kita take notes. Nota biasa nya akan disediakan lebih awal. Lecturer akan upload dekat universiti punya sistem (idk what to call that thing, nanti korang masuk U korang tau lerr) sebelum kelas start.. better prepare awal-awal la kan, baca notes dulu sebelum lecturer ngajar tuuu.. kalau aku ikut mood kadang malaihhh jugak (manusia biasa) >_< Kalau tak faham tanya lecturer terus lagi bagus, kalau tak tanya la membe-membe korang. Lecturer ni nak jumpa kena ada appoinment dulu, diorang tak 24/7 ada kat ofis tau..

Haaaaa.. lagi satu bila bercakap pasal lecturer aku nak gitau banyak gak lah kelas cancel senanya. Seronok memang seronok bila kat whatsapp group class rep bagitau "geng kelas cancel", pastu nak mengganti tu perit sikit ahh.. Time aku kelas paling lambat pun habis pukul 6. Tapi bukan hari-hari pun, seminggu tu cm sekali je. Ada je gap antara kelas tu so, boleh je luruskan tulang belakang sat.

Dekat U selalu gak buat event. Rajin tak rajin jelah nak join tuu.. time aku dulu rajin join run macam color run, marshmallow run.. rajin pun time zaman-zaman duk hostel jelahhh hahahah bila duduk rumah sewa hareyyyy.. malas nya yang tak dibuat-buat. Pastu aku join, team silat. Dapat lah sikit-sikit pengalaman. Dapat merasa masuk pertandingan walaupun sekali.. at least ada kannn.. boleh kot nak buka langkah pukul orang.. hahahahaha (bab pukul orang tu tipu). Pastu event-event yang jemput artis-artis menyanyi tu.. dapat lah aku tengok Haqeem Rusli depan-depan, Ismail Izani, Sufian Suhaimi.. lagi siapa tah.. ramai nau artis..

Jadi mahasiswa/i ni best jeee.. kalau nak kata tak best takleh gak.. kadang-kadang je tak best tuuu.. keseluruhan dia best-best je.. So, untuk sesiapa yang dapat rezeki sambung belajar ke menara gading tuu gi laa.. timba pengalaman orang kata. Okayyy sampai sini je dulu ye entri kalini.


x0x0, Bye!

Sunday, August 23, 2020

Biggest Things That I Have Learned in Life.

 Assalamualaikum and Hai Guys! This will be my first post. I just like to write randomly so, please bear with me >_< If my content cm boring, freely exit my blog okayyy :)

So, last night sebelum tidur aku ada lah buat status berbunyi begini " The biggest thing yang korang belajar dalam life korang yang buat korang still berdiri kukuh sampai sekarang?" anddd I tot orang akan ignore je status aku tu hahahaha tapi ada few of my frens yang respon (thank you kerana melayan saya yang sendu nii). Aku tanak share apa kawan-kawan aku punya biggest things yang jadi dalam life diorang but I want to share mine.

Actually, aku belajar banyak benda time mco haritu lah. Bila duduk rumah aku banyak reflect diri sendiri. Some of it is.. 

1. Bila kita kecewa kerana manusia, bangkitlah semula kerana Allah. One simple sentence but hold a very powerful yet beautiful meaning kan. Because everything yang jadi tak kira lah benda baik ke tak baik ke, semua tu jadi bukan saje-saje je okay. Mesti ada something yang Allah nak ajar/ Dia nak protect kita daripada something. Jangan bergantung harap pada manusia sebab aku mengaku aku sendiri pernah kecewa bila pernah terlalu berharap dengan yang nama nya MANUSIA. Always go back to HIM. Tempat yang sebetul-betulnya kita kena bergantung harap. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

2. Stop concerning too much to what people say or what people think of you kalau you tak nak serabut. Because people think they know better but actually they don't. Aku pernah menangis because there is one guy said harsh words to me infront of a crowd and bila fikir balik apa yang dia cakap aku always tergelak sendiri. I think he should concern more about himself rather than trying to tore me down. He doesn't even know me personally so, why his opinion matters Kan? May Allah bless him. Aku rasa as long as niat kita baik and perkara yang kita buat tu perkara baik ignore je apa orang cakap.. yang penting Allah tahu niat kita. andddd always bersangka baik dengan orang and doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walaupun benda ni cm smol bagi kita tapi bagi Allah benda ni big.

Actually banyak je benda yang kita boleh belajar samada daripada life sendiri ataupun daripada life orang lain. As always yang baik kita jadikan contoh and yang tak baik kita jadikan pengajaran. Tu je okay untuk post kalini. I'll share more in my next post. InsyaAllah :)

x0x0, Bye!